27 May 2009

Printed Jersey - open for booking.

2 Set available for saiz M & L - RM40 - 42. Boleh pilih samada set A, B or C. Siapa nak cepat3 e-mail yer.


Set A : Awning Pink




Set B - Awning beige


Set C : Awning Hitam

25 May 2009

Update...

Update utk semalam dan hari nie...



21 May 2009

Update ...

Tudung scallop, color light grey with silk cotton awning. Tudung ni siap malam tadi, dah bagi kat tuan punya. Harap berpuas hati yer...


19 May 2009

Cerita ceriti...

Hari nie balik keje awal skit, 5.10 dah keluar ofice. Misi pertama petang nie menggondolkan bukit dlm rumah nie yg maybe esok lusa akan jadi gunung..(bercinta betul nak lipat baju nie). Dah settle semer baru ler lega dan mood nak jahit tudung tu ada.. sempatler jahit 2 tudung lagi petang tadi. Hope by end this week siapler 10 tudung.. then by first week of jun siap semuanya.

Harap kawan2 yang tempah tudung tu harap bersabar ye, jangan tension sbb tudung lambat siap. Actualy jahit tudung nie as hobi jer & nak tolong kawan2 sbb saya rasa tudung2 yg dijual kat kedai tu melampau mahalnya... tapi kalau byk duit dan nak yg branded ok jer...


Nie yang dah sempat jahit setakat nie, tp finishing tak siap lagi..

Tips lagi..

Nak pakai helmet..??

Ramai yg risau kalau pakai tudung awning ni, nanti tak blh naik motor, sbb kalau pakai helmet nanti awning patah...
>> Skrg almost everyday saya gi keje naik motor, so far awning tudung saya tak ade yang rosak. Masa nak pakai helmet tu, awning biar kedepan skit, then pakai jer helmet. Kalau awning separuh tak der masalah..tp kalau awning penuh & keras tak pastilah plak...

Selamat mencuba....

17 May 2009

Penjagaan tudung berawning

Tudung berawning memang memerlukan sedikit penjagaan untuk kekal lama dan cantik bila dipakai. Di antara tip-tip yang boleh dikongsi bersama;-

Cara simpan
  • Tudung yang tidak dipakai boleh samada digantung atau dilipat dengan body tudung dilipat atau digulung dan dimasukkan ke dalam awning. Pastikan awning tidak ditindih dengan benda2 berat.
  • Iron awning dari dalam. Gunakan suhu yang sederhana>rendah untuk body & awning.
Cara basuh
  • Tudung hendaklah dibasuh tangan - jangan sekali2 campak dalam mesin basuh!!
  • Gosok-gosok awning & body tudung dengan sabuh dan bilas bersih.
  • Tidak digalakkan merendam tudung, sebaiknya terus basuh dan jemur. Gam pada pengeras mungkin akan lekang.
  • Jemur pada ampaian atau hanger. Pastikan tidak sepit pada awning.

16 May 2009

Awning baru...!!!

Pagi tadi balik kg kat K.trg, so ler singgah kejap kat kedai kain untuk buat awning tempahan kawan2. Dalam nak cepat sempat jugak sambar beberapa color yg sesuai. Tapi tak byk choice sgt.


Dari kiri: Light purple + stripe, blue + white stripe, purple, light green, light + dark grey.


Yang nie plak, very xclusive.. pure Thai Silk, kotak2. Color light green + green+grey + white & Brown + gold + cream. Kalau tgk real mmg cantik kain nie.. harga tudung pun tambah skit ler... Lain2 color kalau berminat; light purple, black, dark blue, dark brown, red..

Plain Jersey

Material yang saya gunakan untuk tudung ini, dijamin berkualiti; lembut, berat & jatuh serta tidak berkilat. Antara color yang ada :-

>> Dark grey , pink , purple, blue, light grey & apple green.
Lain-lain color; Brown, dark brown, yellow, putih & hitam.

Wan's tudung

Nie tudung yg my frend tempah. Jenis scallop. Color olive green + brocade awning..

Yang nie plak close up awning..












15 May 2009

Senarai Tempahan as at 25/10/2009


STATUS TEMPAHAN

**** belum sempat update***

Koleksi Tudung

Ni antara tempahan-tempahan yg dah siap. Actualy banyak dah yg siap tp tak ambik gambar..








Tudung butang belakang.. nampak cam pelik jer 'kan!!




Sorry.. gambar tak berapa clear.


12 May 2009

Welcome to my world....

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sentiasa memberi semangat dan dorongan sehingga terpanggil untuk saya menulis di blog ini.

Blog ini cuma untuk berkongsi aktiviti jahitan saya.. jahit tudung, beg, baju... & apa2 ajer. Saya juga akan cuba update tempahan tudung kawan-kawan kat sini. Saya akan cuba update status dari semasa ke semasa.. check it out!!