09 May 2010

Bab 3 : Makkah Al Mukarramah

Sambung kembali cerita...

Hari ke-3, kami berangkat ke Makkah untuk mengerjakan umrah. Kalau ikutkan memang tak puas lagi duk di Madinah, tak nak buat camna, dah pakejnya begitu.. Pagi2 lg dah bersiap dan menaiki bas menuju ke Bir Ali. Jemaah yang memasuki Makkah dari Madinah akan bermiqat di sini. Seusai solat sunat ihram dan dhuha kami sama2 berniat di dalam bas dan mula mengalunkan kalimah talbiah.. masa nie mmg tak tertahan airmata.. terharu..sebak dan mcm2 perasaan bercampur2. Kekadang takut pun ada...
Bergambar dengan roomate sebelum berangkat. Beg byk2 tu bukan kita punya yerr...

Sepanjang perjalanan, kiri-kanan hanyalah tanah gersang yg berbukit, sesekali ada pekan2 kecil, kelompok2 pokok & rumput, ternakan biri2 dan unta.. mmg berbeda langsung dengan Malaysia. Perjalanan mengambil masa kira2 6 jam menaiki bas. Terlintas juga di fikiran, bagaimana gigihnya Rasulullah & orang2 muslimin Makkah dulu berhijrah ke Madinah dengan hanya berjalan kaki atau unta. Kalau dah ngan bas pun 6 jam perjalanan, bayangkan kalau berjalan kaki di kawasan yang tandus dan gersang.. hanya perpayungkan terik matahari..

Kami berhenti solat Zuhur & Asar serta makan tengahari kat satu restoran (math'am = tempat makan) tak tahu lah nama apa tempat tu. Toilet & tempat solat di sini sedikit mengecewakan dan tidak diuruskan dengan baik. Di sini, first time makan nasi mandy. Sedap jugak nasi tak berkuah nie.. hanya nasi & ayam jer.
Nasi Mandy 15 riyal. Makan 2 orang pun dah kenyang...

Kami selamat tiba di Tanah Suci Makkah dlm waktu Asar, tak ingat pukul berapa.. tapi disebabkan bilik tak siap lagi, kami pun melanguk la kat lobby hotel tu.. kami menginap ni Funduk al Massa.. (Pondok al Massa.. punya la cantik, dia panggil pondok ..hehehe..) antara hotel yang paling hampir dengan Masjidil Haram. Bila dah dpt bilik, kami berehat dan menunaikan solat Maghrib di bilik dan makan malam. Sembahyang Isya' berjemaah di Masjidil Haram then kami meneruskan ibadah umrah kami yang belum habis iaitu Tawaf, Saie dan Tahlul. Alhamdulillah selesai sudah umrah kami pada malam tu kira2 jam 11.00 malam waktu Saudi. Bergambar dgn kawan2 pompuan selesai saja umrah..