10 September 2012

Tudung Layer

Dah lama berangan nak jahit tudung layer2 nie. Cantik-cantik tudung layer nie kalau dipadankan dengan tona warna yang sesuai. Trend sekarang bukan setakat 2 layer..tapi berlayer2. Tapi kalau dah banyak layer nie nampak semak pun ada.. macam pakai skit budak kat atas kepala pun ada..hehehe!! Lagi satu, kebanyakkan tudung layer kat kedai tu singkat, sekadar tutup leher jer...

Raya baru nie, saya sempat ler jahit tudung layer nie untuk diri sendiri dan untuk anakanda Sarah.. Kain chiffon nie kena gunting hati-hati skit, tang muka memang kena ambik lebih. Kalau kain jersey tak per, sebab kain tu stretchable. Nanti kalau ada masa nak jugak tunjuk step-step dia kat sini..macam totarial gitu...

 Sarah punya nie dua-dua layer tu kain chiffon.
Me punya, layer atas jer kain chiffon, layer bawah kain lycra..

14 July 2012

New Telekung for Sarah

Lama dah janji dengan kakak nak buatkan telekung untuk dia. Since masa pegi Bandung aritu.. sebabnya tak jumpa telekung saiz dia. Last beli telekung masa kakak 7 tahun, telekung tu pun dah tak muat dah singkat.
Kebetulan last week pegi Kamdar, jumpa kain Japanese cotton color putih terus beli 3m. Harga dalam rm9.80 / meter. Petang tu jugak terus gunting..  Maghrib dah boleh pakai buat solat. Kira express jugak ler jait hari tu. Dalam 4 jam dah siap..





Kakak dah ready untuk solat.. jangan malas-malas solay lagi yer..!!

20 June 2012

No title..:)

Lama bonar tak jengok rumah nie. Ingat-ingat lupa dah.. Last posting last year, dekat raya. Nie dah nak raya plak dah..!! almost setahun tinggal. Sib baik masih ingat password lagi.
Puasa dah dekat..jenguk la rumah kejap, sapu-sapu sawang skit, hias-hias skit..maklum le raya dah dekat.

Nak update apa yer.??? Dah lama sangat. cerita yang ada pun dah basi. Nanti kita citer2 pasal jait baju raya. Insyaallah, project baju raya akan menyusul..