24 April 2010

Bah 2: Ziarah Madinah

Hari ke 2 di Madinah, kami dibawa ziarah ke masjid Quba', Jabal Uhud, Ladang Kurma, Masjid Qiblatain dan Pasar Kurma (mana2 pakej umrah mmg bawa ke tempat2 nie).

Perkarangan Masjid Quba'. Kelakar gambar nie.. leh la bayangkan, kalau aku gemuk gini ler rupanya kot.. baju besar dari tuan hehehe...
Pandangan Masjid Quba' dari atas bas.


Anak2 Afghanistan ramai yang mencari rezeki dengan mengambil upah menjual tasbih, rantai mutiara dan lain2. Adegan kejar-mengejar customer sehingga ke dalam bas boleh dilihat di sini.

Destinasi seterusnya, kami ke jabal Uhud dimana berlakunya perang antara tentera islam dengan kafir Quraisy. Di dalam peperangan tersebut, tentera Islam pada awalnya telah menang tetapi kerana ingkar dengan arahan Nabi Muhammad supaya jangan sekali2 meninggalkan benteng pertahanan (pasukan pemanah), walau apapun yang terjadi.. akhirnya tentera Islam telah kalah teruk termasuk bapa saudara nabi sendiri Saidina Hamzah telah syahid. Di sini juga terletaknya perkuburan shuhada Uhud.



Bukit kat belakang tu merupakan benteng pertahanan tentera Islam (pasukan pemanah). Kat sini banyak dijual ubat-ubatan samada yang tradisional mahupun yang dah dikomersialkan, buah hawa, habatul suda' (black sheet)- minyak & bijian, minyak burung unta dan byk lagi yang saya sendiri pun tak kenal. Peniaga2 pun dikalangan makcik/pak cik arab yang tua2, nak tanya banyak2 pun tak reti kecek arab.. takat ma haza, kam haza... tu jer laaa.

Kemudian kami teruskan ke ladang kurma.. bukan melawat ladang pun, tp tempat jualan kurma dan makanan2 berasaskan kurma, kacang dll. Ralit dok pilih2 kurma hingga lupa nak snap gambar...

Ni plak masjid Qiblatain (2 kiblat). Kami hanya lalu jer sebab mengejar masa. Manara tinggi tu merupakan kiblat yang pertama iaitu menghala ke Bitul Maqdis manakala kubah bulat tu kiblat yang ke-2 menghala ke Baitullah (Ka'abah).

22 April 2010

Selamat kembali ..

Alhamdulillah... dengan izinNya, saya serta rombongan telah selamat kembali ke Tanah Air pada malam Isnin, 18 April 2010 yang lepas. Di sini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman sepanjang berada di dua tanah haram tersebut.


5 April 2010.

Kami bertolak dari Kemaman ke KLIA lebih kurang pukul 6.30 pg, dan sampai di KLIA sekitar 12.30 pm. Penerbangan kami ke Madinah menaiki Saudi Air pada pukul 3 ptg waktu Malaysia. Syukur, kerana dengan pertolonganNya, tidak ada perkara2 yang tidak menyenangkan berlaku. Semua urusan imegresen kat Saudi semua berjalan lancar dan tidak ada check apa2 pun, tak sampai 5 minit utk setiap orang. Dalam masa sejam jer, semua jemaah dah berada dalam bas yang disediakan untuk ke hotel penginapan. Kalau ikutkan pengalaman jemaah2 yg pernah ke sana, paling tidak dorang ambik masa 15 minit utk setiap sorang, siap kena buka beg dll.

Di Madinah rombongan kami menginap di hotel Dallah Taibah, antara hotal yang paling hampir dengan Masjid Nabawi. Tak banyak gambar yang diambil semasa berada di Madinah. Biasanya kalau ke masjid saya tak bawa kamera sbb bimbang kena rampas, gambar nie kebetulan nak gi ke perkuburan Baqi'.


Ni pintu untuk jemaah wanita, bab Abu Talib kalau tak silap.


Tiang2 payung dalam pembinaan.

.... bersambung

01 April 2010

Jemputan Baitullah

Alhamdulillah.... syukur kepada Allah, hajat untuk menunaikan ibadat umrah insyaallah akan tercapai. Insyaallah, saya akan ke Mekkah pada Isnin depan 5/4/2010 selama 2 minggu, bersama dengan rombongan staff2 di sini.
Bagi saya ini adalah rewards untuk diri sendiri, setelah hampir 12 tahun bekerja dan juga ini merupakan hadiah hari lahir saya yang paling bermakna. Insyaalah saya akan menyambut hari lahir saya yang ke 3... di Mekkah.

Kepada kawan-kawan dan sanak saudara yang menunjungi blog ini, saya memohon maaf dan doakan rombongan kami selamat menunaikan umrah dengan sempurna.

Will update the travellog, sekembali ke Malaysia nanti..