14 March 2010

Long Blouse & Pants

Hi.. lama tak update something here. Last weekend, sempat ler jugak aku potong dan gunting blouse & seluar utk diri sendiri. Japanese cotton untuk blouse tu dah lama beli, rasanya 2 tahun lepas kot. Ikut ukuran kurung moden, then modified skit.. letak butang kat leher depan, butang hujung lengan dan belah tepi. Ingat nak letak poket tepi, tp terlupa masa jahit badan tu, so lupakan jer laa poket tu..


Then kain utk seluar tu, tak tahu plak jenis apa.. baru jer beli kat Kamdar Kuantan hari Jumaat. So many choice.. sampai tak tahu nak pilih yang mana satu, last2 ambik jer yg tu.. dark brown. Seluar berpoket tepi dan pinggang getah jer..


Hujung blouse & hujung seluar belum jahit lagi.. sibuk ambik gambar..!!