29 June 2009

Sajer-sajer updates...

Update gambar skit..



The sotong bakar and cake.


Sarah and her cake.


The fish and leesa.

Leesa is wearing Sarah's new tudung.

28 June 2009

Sarah's 7th birthday.. happy birthday kakak!!

Semalam 27 jun 2009, birthday sarah yg ke 7. Maknya tak terfikir pun nak beli apa2 utk dia kali ni, sbb dah byk kali bg hadiah. Tp dia yg beriya2 dan suggest.. buatkan tudung sbg hadiah. Maka buatla sehelai color soft pink, kebetulan ada lebihan kain. Siap letak bling2 lagik.. then kali nie awning span.. budak2 nie bukan tahu jaga tudung tu, byk kali pesan jgn tinggal kat rumah org tudung yg mak buat.. sudahnya dah 2 tdg dia rosak sbb tinggal kat rumah sedara, tuan rumah tu plak gi masuk mesin..
Gambar tudung sarah belum snap lg.. tak larat dah semalam masak2 & berbbq. Senang2 nanti saya masukkan kat sini..
Aktiviti weekend baru nie, siapkan tdg sarah jer.. tempahan lain sempat gunting jer, badan tak sihat sgt. Next week kain2 yg baru order akan sampai.. bz ler skit lepas nie.

My sister Dah kat Puchong pun dah start buat bisnes tudung nie kat sana. For the starting she using normia's homemade jugak ler..sbb semua patern dan style saya yg sediakan. So kalau terjumpa tudung berlabel normia's homemade kat area puchong/shah alam, tu adik saya punya. She also a toiler. My sister buat ready made lg senang katanya. Mmg betul, ambik tempahan nie leceh bab nak layan customer.. kalau ready made tu, u take it or u leave it jer.. tp pasaran kena luas. Semoga berjaya..dan sama2 bukak bisnes nanti.

21 June 2009

Printed Jersey sample..

I got some sample of printed jersey; jersey korea which is same like ariani or hajaba. Kalau nak tgk2, sentuh2.. sample tu ada dgn saya.

*** All sold out*********
# 6 available in hand. Kalau ada yg nak inform cepat2 yer..

Tudung lagi..

Ada yang tanya camna tudung potong bahu, so nie kebetulan ada sehelai. Yg nie saiz XL.. gambar masa pakai tak der, lagipun kalau saya yg pakai tak nampak potongan bahu tu.. kena mintak tuan dia pakai baru nampak..

20 June 2009

My own label

Akhirnya tudung2 saya dah berlabel. Walaupun tak terkenal at least dah bernama. Thanks to somebody yang menganjurkan 'jv' label ni dan member2 DIY yang turut serta. I got 1600 pcs, berapa tahun agaknya nak habis tu. Lepas nie kain batik, pelikat semer ada label..huuhhu.

Nie plak tudung merah yang dah siap packing. Batch nie pun sempat taruk label..

17 June 2009

Work in progress...

Still in sewing tudung. In progress is 6 psc ordered by somebody for wan*t* *mn*. Hope i can deliver in time.. tomorrow becos they have funtion in saturday. Glemer la tdg aku, leh gi function u**o... hehhe.

Berpinau wehhh nak menyiapkan nihhh..!!!

14 June 2009

Printed Jersey lagi

Nie ada helai lg printed jersey. Corak yg sama tp warna lain..


Meroon - awning Thai silk atau jersey sama.


Hijau - awning plain Thai Silk atau jersey sama.

Dua2 nie belum berpunya, kalau beminat bagitau ler..

09 June 2009

Update lagi..

Nie update yg beberapa hari lepas, sebelum bercuti.. Light Brown
Shocking pink

Plum - belah depan

07 June 2009

Kenduri ooo.. kenduri...

Hari ni sempat siapkan selai jer tudung.. perut meragam dari subuh tadi. Memulas2 dan beberapa kali gi toilet. Sarah pun sama.. kesian dia bangun kul 5 pg.. sakit perut. Ni gara2 makan kenduri jiran mak mentua tghari tadi.. kalau hari nie tak cuti, ada can dpt MC nie.. huhuhu. Kepada yang adakan kenduri musim2 cuti nie, harap dapat jaga kebersihan..

Ni jer selai update utk hari nie. Scallop & awning Kasa rubiah, sama baju ler kot tuuu... :)


Warna pink plum..

06 June 2009

New design...

New design.. belah depan, so kena pakai brooch/pin kiri & kanan bahu. Kain mestilah betul2 lembut dan berat.. if not tak berapa cantik.



Pandangan belakang..



02 June 2009

Sedia untuk dibooking..

Nie ada beberapa keping plan jersey yg ready in hand. So sesapa yg berkenan blh book dulu.. limited for 1 tudung only.


Lilac (very light purple)


Brown with Thai silk awning (booked)

Sky blue

Hijau lumut (yellowish green)

Lagi tudung siap...

These all belongs to nini..

Medium grey, lavender pink, black


Purple .. yg nie tuan dia dah pakai pun!!

Medium grey with denim awning