22 April 2010

Selamat kembali ..

Alhamdulillah... dengan izinNya, saya serta rombongan telah selamat kembali ke Tanah Air pada malam Isnin, 18 April 2010 yang lepas. Di sini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman sepanjang berada di dua tanah haram tersebut.


5 April 2010.

Kami bertolak dari Kemaman ke KLIA lebih kurang pukul 6.30 pg, dan sampai di KLIA sekitar 12.30 pm. Penerbangan kami ke Madinah menaiki Saudi Air pada pukul 3 ptg waktu Malaysia. Syukur, kerana dengan pertolonganNya, tidak ada perkara2 yang tidak menyenangkan berlaku. Semua urusan imegresen kat Saudi semua berjalan lancar dan tidak ada check apa2 pun, tak sampai 5 minit utk setiap orang. Dalam masa sejam jer, semua jemaah dah berada dalam bas yang disediakan untuk ke hotel penginapan. Kalau ikutkan pengalaman jemaah2 yg pernah ke sana, paling tidak dorang ambik masa 15 minit utk setiap sorang, siap kena buka beg dll.

Di Madinah rombongan kami menginap di hotel Dallah Taibah, antara hotal yang paling hampir dengan Masjid Nabawi. Tak banyak gambar yang diambil semasa berada di Madinah. Biasanya kalau ke masjid saya tak bawa kamera sbb bimbang kena rampas, gambar nie kebetulan nak gi ke perkuburan Baqi'.


Ni pintu untuk jemaah wanita, bab Abu Talib kalau tak silap.


Tiang2 payung dalam pembinaan.

.... bersambung

01 April 2010

Jemputan Baitullah

Alhamdulillah.... syukur kepada Allah, hajat untuk menunaikan ibadat umrah insyaallah akan tercapai. Insyaallah, saya akan ke Mekkah pada Isnin depan 5/4/2010 selama 2 minggu, bersama dengan rombongan staff2 di sini.
Bagi saya ini adalah rewards untuk diri sendiri, setelah hampir 12 tahun bekerja dan juga ini merupakan hadiah hari lahir saya yang paling bermakna. Insyaalah saya akan menyambut hari lahir saya yang ke 3... di Mekkah.

Kepada kawan-kawan dan sanak saudara yang menunjungi blog ini, saya memohon maaf dan doakan rombongan kami selamat menunaikan umrah dengan sempurna.

Will update the travellog, sekembali ke Malaysia nanti..

14 March 2010

Long Blouse & Pants

Hi.. lama tak update something here. Last weekend, sempat ler jugak aku potong dan gunting blouse & seluar utk diri sendiri. Japanese cotton untuk blouse tu dah lama beli, rasanya 2 tahun lepas kot. Ikut ukuran kurung moden, then modified skit.. letak butang kat leher depan, butang hujung lengan dan belah tepi. Ingat nak letak poket tepi, tp terlupa masa jahit badan tu, so lupakan jer laa poket tu..


Then kain utk seluar tu, tak tahu plak jenis apa.. baru jer beli kat Kamdar Kuantan hari Jumaat. So many choice.. sampai tak tahu nak pilih yang mana satu, last2 ambik jer yg tu.. dark brown. Seluar berpoket tepi dan pinggang getah jer..


Hujung blouse & hujung seluar belum jahit lagi.. sibuk ambik gambar..!!

03 February 2010

My apologies ...

Dear friends....
Memandangkan tempahan dah mencecah 30 helai, saya terpaksa tutup dulu tempahan sehingga diberitahu kelak. Saya juga memohon maaf kepada kawan2 yg dah lama tunggu tudung tak siap2 lg.. bz skit lately. 2 weekend berturut2 tak ada kat rumah dan tak sempat sentuh mesin jahit. Cuti panjang CNY nie saya akan cuba siapkan mana yg dan lama terbengkalai.. dan yg baru make order tu, insyaallah saya disiapkan beransur2. Hope by march dah boleh siap semua order. Maybe after April baru aktif semula menjahit...

31 January 2010

Ummi's Give away : Lycra hairband


Saya dijemput oleh ummi pemilik blog sentuhan-jejari-ummi untuk menyertai Give away kat blognya. Nie first time nak masuk give away dari kawan2 craft. Kalau ada yang berminat nak join, blh ke link nie yerr... http://sentuhan-jemari-ummi.blogspot.com/2010/01/lycra-hairband-giveaway-giveaway-semua.html
Kalau ada rezeki, boleh ler merasa hairband dari sentuhan jejari ummi nie yer.. dpt sepasang plak tu.. kalau diberi pilihan saya nak set E, sepasang untuk my twin yang comel tu. Tentunya lagi comel lottey kalau pakai hairband nie.. hehhehe kena la jek2 skit utk menang..!!!
To ummi, thanks a lot kerana menjemput saya yer..

10 January 2010

Bercuti di Gambang Resort City

Just to update my blog.. asyik tgk gambar & cerita pasal tudung jer, kali nie cerita pasal bercuti plak. Cerita bercuti nie sebenarnya during school holiday bebaru nie, before new year. Tp tak per la..

Kami stay kat sana 1 night jer. Ambik family suite pakej for 4 adult = rm498 consist of breakfast, dinner & waterpark ticket for 4 adult. Kami pergi 5 adult + 4 child, so yg lain2 tu kena tambah le. Kami bertolak dlm 11.00 pg dari Kemaman, check in time plak kul 3.00 ptg so kami singgah makan2 kat Beserah, then Taman Teruntum..


>>> Lisa : Teh O satu..!!!

Kami sampai kat sana dalam 2.30 ptg, tengok2 sekitar resort then check in. The resort is nice, maybe tempat baru.. masih terjaga.

The Room > Agak luas, mmg puas hati. 2 family pun muat lg... Cumanya bilik kami dpt nie jauh dari lobby.. punya la lenguh jalan.


>> Master bdroom luas skit dari 2nd bdroom.

>> Living room .. no ASTRO okey..!!

>> Dining.




The food > Rasanya biasa jer.. standard 3 * hotel jer kot. Tp tempat makan luas so tak der la berebut2 time nak ambik makanan tu..

The waterpark > Best utk budak2. Kalau utk org2 dewasa tak byk choice.. tak boleh nak banding dengan Sunway Lagoon.. Ada 4 bahagian; Peguin Island, Coco beach, Slide for kids and family slide.. (family slide ni aku tak pegi pun...).

Enterance fee : Adult - RM19.90 ; Child - RM12.90.

Anak2 aku yang kembar tu free jer laa...

@ Enterance.. >>saya dpr msk free..yeyye!!



>> Nafis

@ Penguin Island


Penat main air.. makan le plak!!



Pingu..


Kid's slide



>> En Suami ajar anak berenang...


>> Sarah, mmg puas hati main air..

Kami ke waterpark ni on 2nd day. Check-out dlm pukul 11.00 pg then terus ke waterpak. Kiranya awal la jugak, orang pun tak ramai lagi. Tapi bila dah tengahari ke petang tu.. alahaiii, punya la ramai orang hinggakan air kat kolam pun tak nampak.. cuma nampak kepala orang dan pelampung jer..huhuhuh.. Next time kalau nak pergi lagi, make sure bukan hari cuti.

28 December 2009

Latest production...

Lama dah tak letak gambar tudung kat sini.. hari ni terlebih rajin skit, tp sorry le tudung2 nie semer dah berpindah tangan, kain pun dah habis...


Saiz L.


Cotton jersey - Saiz L


Saiz S.