22 April 2010

Selamat kembali ..

Alhamdulillah... dengan izinNya, saya serta rombongan telah selamat kembali ke Tanah Air pada malam Isnin, 18 April 2010 yang lepas. Di sini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman sepanjang berada di dua tanah haram tersebut.


5 April 2010.

Kami bertolak dari Kemaman ke KLIA lebih kurang pukul 6.30 pg, dan sampai di KLIA sekitar 12.30 pm. Penerbangan kami ke Madinah menaiki Saudi Air pada pukul 3 ptg waktu Malaysia. Syukur, kerana dengan pertolonganNya, tidak ada perkara2 yang tidak menyenangkan berlaku. Semua urusan imegresen kat Saudi semua berjalan lancar dan tidak ada check apa2 pun, tak sampai 5 minit utk setiap orang. Dalam masa sejam jer, semua jemaah dah berada dalam bas yang disediakan untuk ke hotel penginapan. Kalau ikutkan pengalaman jemaah2 yg pernah ke sana, paling tidak dorang ambik masa 15 minit utk setiap sorang, siap kena buka beg dll.

Di Madinah rombongan kami menginap di hotel Dallah Taibah, antara hotal yang paling hampir dengan Masjid Nabawi. Tak banyak gambar yang diambil semasa berada di Madinah. Biasanya kalau ke masjid saya tak bawa kamera sbb bimbang kena rampas, gambar nie kebetulan nak gi ke perkuburan Baqi'.


Ni pintu untuk jemaah wanita, bab Abu Talib kalau tak silap.


Tiang2 payung dalam pembinaan.

.... bersambung

No comments:

Post a Comment