24 April 2010

Bah 2: Ziarah Madinah

Hari ke 2 di Madinah, kami dibawa ziarah ke masjid Quba', Jabal Uhud, Ladang Kurma, Masjid Qiblatain dan Pasar Kurma (mana2 pakej umrah mmg bawa ke tempat2 nie).

Perkarangan Masjid Quba'. Kelakar gambar nie.. leh la bayangkan, kalau aku gemuk gini ler rupanya kot.. baju besar dari tuan hehehe...
Pandangan Masjid Quba' dari atas bas.


Anak2 Afghanistan ramai yang mencari rezeki dengan mengambil upah menjual tasbih, rantai mutiara dan lain2. Adegan kejar-mengejar customer sehingga ke dalam bas boleh dilihat di sini.

Destinasi seterusnya, kami ke jabal Uhud dimana berlakunya perang antara tentera islam dengan kafir Quraisy. Di dalam peperangan tersebut, tentera Islam pada awalnya telah menang tetapi kerana ingkar dengan arahan Nabi Muhammad supaya jangan sekali2 meninggalkan benteng pertahanan (pasukan pemanah), walau apapun yang terjadi.. akhirnya tentera Islam telah kalah teruk termasuk bapa saudara nabi sendiri Saidina Hamzah telah syahid. Di sini juga terletaknya perkuburan shuhada Uhud.



Bukit kat belakang tu merupakan benteng pertahanan tentera Islam (pasukan pemanah). Kat sini banyak dijual ubat-ubatan samada yang tradisional mahupun yang dah dikomersialkan, buah hawa, habatul suda' (black sheet)- minyak & bijian, minyak burung unta dan byk lagi yang saya sendiri pun tak kenal. Peniaga2 pun dikalangan makcik/pak cik arab yang tua2, nak tanya banyak2 pun tak reti kecek arab.. takat ma haza, kam haza... tu jer laaa.

Kemudian kami teruskan ke ladang kurma.. bukan melawat ladang pun, tp tempat jualan kurma dan makanan2 berasaskan kurma, kacang dll. Ralit dok pilih2 kurma hingga lupa nak snap gambar...

Ni plak masjid Qiblatain (2 kiblat). Kami hanya lalu jer sebab mengejar masa. Manara tinggi tu merupakan kiblat yang pertama iaitu menghala ke Bitul Maqdis manakala kubah bulat tu kiblat yang ke-2 menghala ke Baitullah (Ka'abah).

No comments:

Post a Comment