10 September 2012

Tudung Layer

Dah lama berangan nak jahit tudung layer2 nie. Cantik-cantik tudung layer nie kalau dipadankan dengan tona warna yang sesuai. Trend sekarang bukan setakat 2 layer..tapi berlayer2. Tapi kalau dah banyak layer nie nampak semak pun ada.. macam pakai skit budak kat atas kepala pun ada..hehehe!! Lagi satu, kebanyakkan tudung layer kat kedai tu singkat, sekadar tutup leher jer...

Raya baru nie, saya sempat ler jahit tudung layer nie untuk diri sendiri dan untuk anakanda Sarah.. Kain chiffon nie kena gunting hati-hati skit, tang muka memang kena ambik lebih. Kalau kain jersey tak per, sebab kain tu stretchable. Nanti kalau ada masa nak jugak tunjuk step-step dia kat sini..macam totarial gitu...

 Sarah punya nie dua-dua layer tu kain chiffon.
Me punya, layer atas jer kain chiffon, layer bawah kain lycra..

14 July 2012

New Telekung for Sarah

Lama dah janji dengan kakak nak buatkan telekung untuk dia. Since masa pegi Bandung aritu.. sebabnya tak jumpa telekung saiz dia. Last beli telekung masa kakak 7 tahun, telekung tu pun dah tak muat dah singkat.
Kebetulan last week pegi Kamdar, jumpa kain Japanese cotton color putih terus beli 3m. Harga dalam rm9.80 / meter. Petang tu jugak terus gunting..  Maghrib dah boleh pakai buat solat. Kira express jugak ler jait hari tu. Dalam 4 jam dah siap..





Kakak dah ready untuk solat.. jangan malas-malas solay lagi yer..!!

20 June 2012

No title..:)

Lama bonar tak jengok rumah nie. Ingat-ingat lupa dah.. Last posting last year, dekat raya. Nie dah nak raya plak dah..!! almost setahun tinggal. Sib baik masih ingat password lagi.
Puasa dah dekat..jenguk la rumah kejap, sapu-sapu sawang skit, hias-hias skit..maklum le raya dah dekat.

Nak update apa yer.??? Dah lama sangat. cerita yang ada pun dah basi. Nanti kita citer2 pasal jait baju raya. Insyaallah, project baju raya akan menyusul..

16 June 2011

Manual pleating

Sekarang nie tukang-tukang jahit mesti tengah sibuk dengan tempahan raya 'kan. Aku plak tgh dok pikir nak baju raya gak untuk kami sekeluarga.. kain tak beli lagi. Huhhu..bila nak gi shoping kain ni ekkk...??
Untuk anak-anak (kembar & baby Khaira) aku plan nak jait smocking gaun.. harap-harap jadi ler..

For starting.. aku try buat manual pleating dengan lukis petak2 atas kain dan jahit jelujur. Nie aku buat untuk baby Khaira dulu.. dan hasil memuaskan nanti buat untuk Lisa & Ila plak..
So.. ini hasilnya. Kira okey la jugak...

 Jahit jelujur ikut kotak2..

 Nie dah tarik benang..

  Hasil lepas tarik benang, tak kemas sangat tapi ok ler..

Bila nak start jahit smocking tu tak tau ler.. pattern dah ada, tapi benang tak beli lagi.

All in one

Ni antara hasil jahitan yang sempat disnap..

Baju Kakak sempena Hari Ibu..

HP pouch - Hadiah kat Cikgu sempena Hari Guru

HP pouch untuk Cikgu Kakak jugak..

Tidak ketinggalan untuk Cikgu Angah - Piramid Pouch.

Sempena Hari guru tempohari, saya sempat jugak jahit 4 buah simple bag untuk cikgu anak2.  Jahit pun last minit jer.. dari pukul 10 mlm - 12 malam. Nasib baik ler sempat.. tu pun main capai jer kain2 yang ada..

Nie plak dress untuk si kembar Lisa & Ila.. kain tu beli ngan Suzie last year kalau tak silap. Punya la lama nak boleh jadi baju. Ngam2 jer kain.. beli 2 m je ari tu.

Pleat skit jer..

Lisa dgn dress baru siap.. hehe

Lisa lagi.. Ila tak sempat snap, dah keluar main.

28 May 2011

Kembali bersiaran

Lama betul tak update blog nie, tak sempat.. nak online jer mesti ada yang dok kacau. Nak main game ler.. nak tu, nak nie.. maklum ler anak ramai gitu le..

 Aktiviti jait pun dah kembali. Tempahan tudung pun dah kembali diterima. Sekarang nak habiskan stok2 kain tudung yang ada kat rumah ni..

Nanti kalau ada masa nak jugak upload gambor2 hasil jahitan sepanjang 2- 3 bulan nie.. 

11 January 2011

Crochet - baby hat

Dua..tiga hari nie asyik duk surf baby hat kat internet..cari free pattern ler. Terberkenan plak tengok beanie hat.. jeles jer tgk org buat cantik2. Heiii pantang betul tgk.. sbb nampak cam senang dan simple jer, so malam semalam ajak ler en suami pegi bandar..alasan nak beli benang, nak jait uniform kerja..hehhe.  Dengan baby skali bawak, tapi tinggal dalam kete jer la. Belilah benang kait brand nona 2 ketul, rm2 seketul.. pink dan terqoise. Benang jait pun beli jugak... huh..benang dah naik harga.!! Saya biasa beli brang Astra, dulu 80 seng je..sekarang dah naik rm1.10 seketul. Nasib baik ler benang dah byk dan pelbagai color dah ada kat rumah..

Berbalik pada beanie nie, balik rumah terus menerai buat.. dan inilah hasilnya. Tapi besar skit dengan kepala baby..
Kat atas tu ada kureng skit.. siput dia tu tak berapa center dan ternaik skit.  InsyaAllah boleh diperbaiki lagi. Lepas nie kena buat 2 lagi utk si kembar tu..kena masukkan dlm wish list dulu nie..

08 January 2011

Wish List for 2011

Hahaaaa.. kat sebelah nie saya dah senaraikan project jahitan saya utk tahun nie.. mungkin ada lg, tp utk waktu yang terdekat nie.. tu jer la dulu.
Hope sesangat baby Khaira saya tak byk karenah sangat..nanti boleh le spend masa lebih skit utk activiti jait nie..
Nak jait apa dulu...?? tentu le uniform keje & tudung. Mesti siapkan jugak sebelum masuk keje 6/2/2011 nie. Bila nak start nie.. at least gunting dulu sbb mesin jait masih lg berbungkus dan bilik jait pun dah tak de.. nanti habis pantang boleh setup bilik jait semula.

31 December 2010

Will be back soon...!!

Lamanya bercuti.. dah setengah tahun tak rupanya blog nie tak update. Sepanjang pregnant ari tu semua benda malas nak buat, apatah lagi nak update blog. Dalam kepala cuma ingat katil jerr..

Alhamdulillah saya dah selamat bersalin pada 8/12/2010 yg lepas.. bb girl. Sekarang ni dah 23 hari. Lepas habis berpantang nanti bolehlah sambung xtvt menjahit semula.. byk projek terbengkalai lg nie..

Tempahan tudung...?? kalau ada yang nak tempah nanti boleh jugak, cuma stok kain tak sure ada ke tak. Memandangkan byk tudung yg murah2 kat pasaran, saya dah tak tambah stok kain.

ok.. will update lagi.

09 May 2010

Bab 3 : Makkah Al Mukarramah

Sambung kembali cerita...

Hari ke-3, kami berangkat ke Makkah untuk mengerjakan umrah. Kalau ikutkan memang tak puas lagi duk di Madinah, tak nak buat camna, dah pakejnya begitu.. Pagi2 lg dah bersiap dan menaiki bas menuju ke Bir Ali. Jemaah yang memasuki Makkah dari Madinah akan bermiqat di sini. Seusai solat sunat ihram dan dhuha kami sama2 berniat di dalam bas dan mula mengalunkan kalimah talbiah.. masa nie mmg tak tertahan airmata.. terharu..sebak dan mcm2 perasaan bercampur2. Kekadang takut pun ada...
Bergambar dengan roomate sebelum berangkat. Beg byk2 tu bukan kita punya yerr...

Sepanjang perjalanan, kiri-kanan hanyalah tanah gersang yg berbukit, sesekali ada pekan2 kecil, kelompok2 pokok & rumput, ternakan biri2 dan unta.. mmg berbeda langsung dengan Malaysia. Perjalanan mengambil masa kira2 6 jam menaiki bas. Terlintas juga di fikiran, bagaimana gigihnya Rasulullah & orang2 muslimin Makkah dulu berhijrah ke Madinah dengan hanya berjalan kaki atau unta. Kalau dah ngan bas pun 6 jam perjalanan, bayangkan kalau berjalan kaki di kawasan yang tandus dan gersang.. hanya perpayungkan terik matahari..

Kami berhenti solat Zuhur & Asar serta makan tengahari kat satu restoran (math'am = tempat makan) tak tahu lah nama apa tempat tu. Toilet & tempat solat di sini sedikit mengecewakan dan tidak diuruskan dengan baik. Di sini, first time makan nasi mandy. Sedap jugak nasi tak berkuah nie.. hanya nasi & ayam jer.
Nasi Mandy 15 riyal. Makan 2 orang pun dah kenyang...

Kami selamat tiba di Tanah Suci Makkah dlm waktu Asar, tak ingat pukul berapa.. tapi disebabkan bilik tak siap lagi, kami pun melanguk la kat lobby hotel tu.. kami menginap ni Funduk al Massa.. (Pondok al Massa.. punya la cantik, dia panggil pondok ..hehehe..) antara hotel yang paling hampir dengan Masjidil Haram. Bila dah dpt bilik, kami berehat dan menunaikan solat Maghrib di bilik dan makan malam. Sembahyang Isya' berjemaah di Masjidil Haram then kami meneruskan ibadah umrah kami yang belum habis iaitu Tawaf, Saie dan Tahlul. Alhamdulillah selesai sudah umrah kami pada malam tu kira2 jam 11.00 malam waktu Saudi. Bergambar dgn kawan2 pompuan selesai saja umrah..

24 April 2010

Bah 2: Ziarah Madinah

Hari ke 2 di Madinah, kami dibawa ziarah ke masjid Quba', Jabal Uhud, Ladang Kurma, Masjid Qiblatain dan Pasar Kurma (mana2 pakej umrah mmg bawa ke tempat2 nie).

Perkarangan Masjid Quba'. Kelakar gambar nie.. leh la bayangkan, kalau aku gemuk gini ler rupanya kot.. baju besar dari tuan hehehe...
Pandangan Masjid Quba' dari atas bas.


Anak2 Afghanistan ramai yang mencari rezeki dengan mengambil upah menjual tasbih, rantai mutiara dan lain2. Adegan kejar-mengejar customer sehingga ke dalam bas boleh dilihat di sini.

Destinasi seterusnya, kami ke jabal Uhud dimana berlakunya perang antara tentera islam dengan kafir Quraisy. Di dalam peperangan tersebut, tentera Islam pada awalnya telah menang tetapi kerana ingkar dengan arahan Nabi Muhammad supaya jangan sekali2 meninggalkan benteng pertahanan (pasukan pemanah), walau apapun yang terjadi.. akhirnya tentera Islam telah kalah teruk termasuk bapa saudara nabi sendiri Saidina Hamzah telah syahid. Di sini juga terletaknya perkuburan shuhada Uhud.



Bukit kat belakang tu merupakan benteng pertahanan tentera Islam (pasukan pemanah). Kat sini banyak dijual ubat-ubatan samada yang tradisional mahupun yang dah dikomersialkan, buah hawa, habatul suda' (black sheet)- minyak & bijian, minyak burung unta dan byk lagi yang saya sendiri pun tak kenal. Peniaga2 pun dikalangan makcik/pak cik arab yang tua2, nak tanya banyak2 pun tak reti kecek arab.. takat ma haza, kam haza... tu jer laaa.

Kemudian kami teruskan ke ladang kurma.. bukan melawat ladang pun, tp tempat jualan kurma dan makanan2 berasaskan kurma, kacang dll. Ralit dok pilih2 kurma hingga lupa nak snap gambar...

Ni plak masjid Qiblatain (2 kiblat). Kami hanya lalu jer sebab mengejar masa. Manara tinggi tu merupakan kiblat yang pertama iaitu menghala ke Bitul Maqdis manakala kubah bulat tu kiblat yang ke-2 menghala ke Baitullah (Ka'abah).

22 April 2010

Selamat kembali ..

Alhamdulillah... dengan izinNya, saya serta rombongan telah selamat kembali ke Tanah Air pada malam Isnin, 18 April 2010 yang lepas. Di sini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman sepanjang berada di dua tanah haram tersebut.


5 April 2010.

Kami bertolak dari Kemaman ke KLIA lebih kurang pukul 6.30 pg, dan sampai di KLIA sekitar 12.30 pm. Penerbangan kami ke Madinah menaiki Saudi Air pada pukul 3 ptg waktu Malaysia. Syukur, kerana dengan pertolonganNya, tidak ada perkara2 yang tidak menyenangkan berlaku. Semua urusan imegresen kat Saudi semua berjalan lancar dan tidak ada check apa2 pun, tak sampai 5 minit utk setiap orang. Dalam masa sejam jer, semua jemaah dah berada dalam bas yang disediakan untuk ke hotel penginapan. Kalau ikutkan pengalaman jemaah2 yg pernah ke sana, paling tidak dorang ambik masa 15 minit utk setiap sorang, siap kena buka beg dll.

Di Madinah rombongan kami menginap di hotel Dallah Taibah, antara hotal yang paling hampir dengan Masjid Nabawi. Tak banyak gambar yang diambil semasa berada di Madinah. Biasanya kalau ke masjid saya tak bawa kamera sbb bimbang kena rampas, gambar nie kebetulan nak gi ke perkuburan Baqi'.


Ni pintu untuk jemaah wanita, bab Abu Talib kalau tak silap.


Tiang2 payung dalam pembinaan.

.... bersambung

01 April 2010

Jemputan Baitullah

Alhamdulillah.... syukur kepada Allah, hajat untuk menunaikan ibadat umrah insyaallah akan tercapai. Insyaallah, saya akan ke Mekkah pada Isnin depan 5/4/2010 selama 2 minggu, bersama dengan rombongan staff2 di sini.
Bagi saya ini adalah rewards untuk diri sendiri, setelah hampir 12 tahun bekerja dan juga ini merupakan hadiah hari lahir saya yang paling bermakna. Insyaalah saya akan menyambut hari lahir saya yang ke 3... di Mekkah.

Kepada kawan-kawan dan sanak saudara yang menunjungi blog ini, saya memohon maaf dan doakan rombongan kami selamat menunaikan umrah dengan sempurna.

Will update the travellog, sekembali ke Malaysia nanti..

14 March 2010

Long Blouse & Pants

Hi.. lama tak update something here. Last weekend, sempat ler jugak aku potong dan gunting blouse & seluar utk diri sendiri. Japanese cotton untuk blouse tu dah lama beli, rasanya 2 tahun lepas kot. Ikut ukuran kurung moden, then modified skit.. letak butang kat leher depan, butang hujung lengan dan belah tepi. Ingat nak letak poket tepi, tp terlupa masa jahit badan tu, so lupakan jer laa poket tu..


Then kain utk seluar tu, tak tahu plak jenis apa.. baru jer beli kat Kamdar Kuantan hari Jumaat. So many choice.. sampai tak tahu nak pilih yang mana satu, last2 ambik jer yg tu.. dark brown. Seluar berpoket tepi dan pinggang getah jer..


Hujung blouse & hujung seluar belum jahit lagi.. sibuk ambik gambar..!!

03 February 2010

My apologies ...

Dear friends....
Memandangkan tempahan dah mencecah 30 helai, saya terpaksa tutup dulu tempahan sehingga diberitahu kelak. Saya juga memohon maaf kepada kawan2 yg dah lama tunggu tudung tak siap2 lg.. bz skit lately. 2 weekend berturut2 tak ada kat rumah dan tak sempat sentuh mesin jahit. Cuti panjang CNY nie saya akan cuba siapkan mana yg dan lama terbengkalai.. dan yg baru make order tu, insyaallah saya disiapkan beransur2. Hope by march dah boleh siap semua order. Maybe after April baru aktif semula menjahit...

31 January 2010

Ummi's Give away : Lycra hairband


Saya dijemput oleh ummi pemilik blog sentuhan-jejari-ummi untuk menyertai Give away kat blognya. Nie first time nak masuk give away dari kawan2 craft. Kalau ada yang berminat nak join, blh ke link nie yerr... http://sentuhan-jemari-ummi.blogspot.com/2010/01/lycra-hairband-giveaway-giveaway-semua.html
Kalau ada rezeki, boleh ler merasa hairband dari sentuhan jejari ummi nie yer.. dpt sepasang plak tu.. kalau diberi pilihan saya nak set E, sepasang untuk my twin yang comel tu. Tentunya lagi comel lottey kalau pakai hairband nie.. hehhehe kena la jek2 skit utk menang..!!!
To ummi, thanks a lot kerana menjemput saya yer..

10 January 2010

Bercuti di Gambang Resort City

Just to update my blog.. asyik tgk gambar & cerita pasal tudung jer, kali nie cerita pasal bercuti plak. Cerita bercuti nie sebenarnya during school holiday bebaru nie, before new year. Tp tak per la..

Kami stay kat sana 1 night jer. Ambik family suite pakej for 4 adult = rm498 consist of breakfast, dinner & waterpark ticket for 4 adult. Kami pergi 5 adult + 4 child, so yg lain2 tu kena tambah le. Kami bertolak dlm 11.00 pg dari Kemaman, check in time plak kul 3.00 ptg so kami singgah makan2 kat Beserah, then Taman Teruntum..


>>> Lisa : Teh O satu..!!!

Kami sampai kat sana dalam 2.30 ptg, tengok2 sekitar resort then check in. The resort is nice, maybe tempat baru.. masih terjaga.

The Room > Agak luas, mmg puas hati. 2 family pun muat lg... Cumanya bilik kami dpt nie jauh dari lobby.. punya la lenguh jalan.


>> Master bdroom luas skit dari 2nd bdroom.

>> Living room .. no ASTRO okey..!!

>> Dining.




The food > Rasanya biasa jer.. standard 3 * hotel jer kot. Tp tempat makan luas so tak der la berebut2 time nak ambik makanan tu..

The waterpark > Best utk budak2. Kalau utk org2 dewasa tak byk choice.. tak boleh nak banding dengan Sunway Lagoon.. Ada 4 bahagian; Peguin Island, Coco beach, Slide for kids and family slide.. (family slide ni aku tak pegi pun...).

Enterance fee : Adult - RM19.90 ; Child - RM12.90.

Anak2 aku yang kembar tu free jer laa...

@ Enterance.. >>saya dpr msk free..yeyye!!



>> Nafis

@ Penguin Island


Penat main air.. makan le plak!!



Pingu..


Kid's slide



>> En Suami ajar anak berenang...


>> Sarah, mmg puas hati main air..

Kami ke waterpark ni on 2nd day. Check-out dlm pukul 11.00 pg then terus ke waterpak. Kiranya awal la jugak, orang pun tak ramai lagi. Tapi bila dah tengahari ke petang tu.. alahaiii, punya la ramai orang hinggakan air kat kolam pun tak nampak.. cuma nampak kepala orang dan pelampung jer..huhuhuh.. Next time kalau nak pergi lagi, make sure bukan hari cuti.

28 December 2009

Latest production...

Lama dah tak letak gambar tudung kat sini.. hari ni terlebih rajin skit, tp sorry le tudung2 nie semer dah berpindah tangan, kain pun dah habis...


Saiz L.


Cotton jersey - Saiz L


Saiz S.

Printed Jersey.. !!

Printed Jersey - New..!!

Check status kat bawah pic tu yer...

NJ - 01

Available - 2 pcs for S/M

NJ-02


Available - 2 pcs for M/S

JN-03

Available - 1 pc for M/S

Sold out - display only.


Sold out - display only


24 December 2009

Update skit..

Dah lama tak update blog nie.. actualy schedule kat sebelah tu sentiasa diupdate, cuma tak ade apa yg nak ditulis kat sini..

Cerita pasal tempahan tudung, alhamdulillah tempahan masih tak putus-putus, ada jer yg call.. just from iklan bergerak, dari my custmer.. thanks all. Then to my customer yg masih dok tunggu tudung tu, sabar yer.. insyaallah akan siap tak lama lg..

Gambar2 tudung pun dah lama tak snap.. kadang2 lupa & malas. Kalau ada kain yg cantik2 baru letak sini..