11 January 2011

Crochet - baby hat

Dua..tiga hari nie asyik duk surf baby hat kat internet..cari free pattern ler. Terberkenan plak tengok beanie hat.. jeles jer tgk org buat cantik2. Heiii pantang betul tgk.. sbb nampak cam senang dan simple jer, so malam semalam ajak ler en suami pegi bandar..alasan nak beli benang, nak jait uniform kerja..hehhe.  Dengan baby skali bawak, tapi tinggal dalam kete jer la. Belilah benang kait brand nona 2 ketul, rm2 seketul.. pink dan terqoise. Benang jait pun beli jugak... huh..benang dah naik harga.!! Saya biasa beli brang Astra, dulu 80 seng je..sekarang dah naik rm1.10 seketul. Nasib baik ler benang dah byk dan pelbagai color dah ada kat rumah..

Berbalik pada beanie nie, balik rumah terus menerai buat.. dan inilah hasilnya. Tapi besar skit dengan kepala baby..
Kat atas tu ada kureng skit.. siput dia tu tak berapa center dan ternaik skit.  InsyaAllah boleh diperbaiki lagi. Lepas nie kena buat 2 lagi utk si kembar tu..kena masukkan dlm wish list dulu nie..

08 January 2011

Wish List for 2011

Hahaaaa.. kat sebelah nie saya dah senaraikan project jahitan saya utk tahun nie.. mungkin ada lg, tp utk waktu yang terdekat nie.. tu jer la dulu.
Hope sesangat baby Khaira saya tak byk karenah sangat..nanti boleh le spend masa lebih skit utk activiti jait nie..
Nak jait apa dulu...?? tentu le uniform keje & tudung. Mesti siapkan jugak sebelum masuk keje 6/2/2011 nie. Bila nak start nie.. at least gunting dulu sbb mesin jait masih lg berbungkus dan bilik jait pun dah tak de.. nanti habis pantang boleh setup bilik jait semula.

31 December 2010

Will be back soon...!!

Lamanya bercuti.. dah setengah tahun tak rupanya blog nie tak update. Sepanjang pregnant ari tu semua benda malas nak buat, apatah lagi nak update blog. Dalam kepala cuma ingat katil jerr..

Alhamdulillah saya dah selamat bersalin pada 8/12/2010 yg lepas.. bb girl. Sekarang ni dah 23 hari. Lepas habis berpantang nanti bolehlah sambung xtvt menjahit semula.. byk projek terbengkalai lg nie..

Tempahan tudung...?? kalau ada yang nak tempah nanti boleh jugak, cuma stok kain tak sure ada ke tak. Memandangkan byk tudung yg murah2 kat pasaran, saya dah tak tambah stok kain.

ok.. will update lagi.

09 May 2010

Bab 3 : Makkah Al Mukarramah

Sambung kembali cerita...

Hari ke-3, kami berangkat ke Makkah untuk mengerjakan umrah. Kalau ikutkan memang tak puas lagi duk di Madinah, tak nak buat camna, dah pakejnya begitu.. Pagi2 lg dah bersiap dan menaiki bas menuju ke Bir Ali. Jemaah yang memasuki Makkah dari Madinah akan bermiqat di sini. Seusai solat sunat ihram dan dhuha kami sama2 berniat di dalam bas dan mula mengalunkan kalimah talbiah.. masa nie mmg tak tertahan airmata.. terharu..sebak dan mcm2 perasaan bercampur2. Kekadang takut pun ada...
Bergambar dengan roomate sebelum berangkat. Beg byk2 tu bukan kita punya yerr...

Sepanjang perjalanan, kiri-kanan hanyalah tanah gersang yg berbukit, sesekali ada pekan2 kecil, kelompok2 pokok & rumput, ternakan biri2 dan unta.. mmg berbeda langsung dengan Malaysia. Perjalanan mengambil masa kira2 6 jam menaiki bas. Terlintas juga di fikiran, bagaimana gigihnya Rasulullah & orang2 muslimin Makkah dulu berhijrah ke Madinah dengan hanya berjalan kaki atau unta. Kalau dah ngan bas pun 6 jam perjalanan, bayangkan kalau berjalan kaki di kawasan yang tandus dan gersang.. hanya perpayungkan terik matahari..

Kami berhenti solat Zuhur & Asar serta makan tengahari kat satu restoran (math'am = tempat makan) tak tahu lah nama apa tempat tu. Toilet & tempat solat di sini sedikit mengecewakan dan tidak diuruskan dengan baik. Di sini, first time makan nasi mandy. Sedap jugak nasi tak berkuah nie.. hanya nasi & ayam jer.
Nasi Mandy 15 riyal. Makan 2 orang pun dah kenyang...

Kami selamat tiba di Tanah Suci Makkah dlm waktu Asar, tak ingat pukul berapa.. tapi disebabkan bilik tak siap lagi, kami pun melanguk la kat lobby hotel tu.. kami menginap ni Funduk al Massa.. (Pondok al Massa.. punya la cantik, dia panggil pondok ..hehehe..) antara hotel yang paling hampir dengan Masjidil Haram. Bila dah dpt bilik, kami berehat dan menunaikan solat Maghrib di bilik dan makan malam. Sembahyang Isya' berjemaah di Masjidil Haram then kami meneruskan ibadah umrah kami yang belum habis iaitu Tawaf, Saie dan Tahlul. Alhamdulillah selesai sudah umrah kami pada malam tu kira2 jam 11.00 malam waktu Saudi. Bergambar dgn kawan2 pompuan selesai saja umrah..

24 April 2010

Bah 2: Ziarah Madinah

Hari ke 2 di Madinah, kami dibawa ziarah ke masjid Quba', Jabal Uhud, Ladang Kurma, Masjid Qiblatain dan Pasar Kurma (mana2 pakej umrah mmg bawa ke tempat2 nie).

Perkarangan Masjid Quba'. Kelakar gambar nie.. leh la bayangkan, kalau aku gemuk gini ler rupanya kot.. baju besar dari tuan hehehe...
Pandangan Masjid Quba' dari atas bas.


Anak2 Afghanistan ramai yang mencari rezeki dengan mengambil upah menjual tasbih, rantai mutiara dan lain2. Adegan kejar-mengejar customer sehingga ke dalam bas boleh dilihat di sini.

Destinasi seterusnya, kami ke jabal Uhud dimana berlakunya perang antara tentera islam dengan kafir Quraisy. Di dalam peperangan tersebut, tentera Islam pada awalnya telah menang tetapi kerana ingkar dengan arahan Nabi Muhammad supaya jangan sekali2 meninggalkan benteng pertahanan (pasukan pemanah), walau apapun yang terjadi.. akhirnya tentera Islam telah kalah teruk termasuk bapa saudara nabi sendiri Saidina Hamzah telah syahid. Di sini juga terletaknya perkuburan shuhada Uhud.



Bukit kat belakang tu merupakan benteng pertahanan tentera Islam (pasukan pemanah). Kat sini banyak dijual ubat-ubatan samada yang tradisional mahupun yang dah dikomersialkan, buah hawa, habatul suda' (black sheet)- minyak & bijian, minyak burung unta dan byk lagi yang saya sendiri pun tak kenal. Peniaga2 pun dikalangan makcik/pak cik arab yang tua2, nak tanya banyak2 pun tak reti kecek arab.. takat ma haza, kam haza... tu jer laaa.

Kemudian kami teruskan ke ladang kurma.. bukan melawat ladang pun, tp tempat jualan kurma dan makanan2 berasaskan kurma, kacang dll. Ralit dok pilih2 kurma hingga lupa nak snap gambar...

Ni plak masjid Qiblatain (2 kiblat). Kami hanya lalu jer sebab mengejar masa. Manara tinggi tu merupakan kiblat yang pertama iaitu menghala ke Bitul Maqdis manakala kubah bulat tu kiblat yang ke-2 menghala ke Baitullah (Ka'abah).

22 April 2010

Selamat kembali ..

Alhamdulillah... dengan izinNya, saya serta rombongan telah selamat kembali ke Tanah Air pada malam Isnin, 18 April 2010 yang lepas. Di sini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman sepanjang berada di dua tanah haram tersebut.


5 April 2010.

Kami bertolak dari Kemaman ke KLIA lebih kurang pukul 6.30 pg, dan sampai di KLIA sekitar 12.30 pm. Penerbangan kami ke Madinah menaiki Saudi Air pada pukul 3 ptg waktu Malaysia. Syukur, kerana dengan pertolonganNya, tidak ada perkara2 yang tidak menyenangkan berlaku. Semua urusan imegresen kat Saudi semua berjalan lancar dan tidak ada check apa2 pun, tak sampai 5 minit utk setiap orang. Dalam masa sejam jer, semua jemaah dah berada dalam bas yang disediakan untuk ke hotel penginapan. Kalau ikutkan pengalaman jemaah2 yg pernah ke sana, paling tidak dorang ambik masa 15 minit utk setiap sorang, siap kena buka beg dll.

Di Madinah rombongan kami menginap di hotel Dallah Taibah, antara hotal yang paling hampir dengan Masjid Nabawi. Tak banyak gambar yang diambil semasa berada di Madinah. Biasanya kalau ke masjid saya tak bawa kamera sbb bimbang kena rampas, gambar nie kebetulan nak gi ke perkuburan Baqi'.


Ni pintu untuk jemaah wanita, bab Abu Talib kalau tak silap.


Tiang2 payung dalam pembinaan.

.... bersambung

01 April 2010

Jemputan Baitullah

Alhamdulillah.... syukur kepada Allah, hajat untuk menunaikan ibadat umrah insyaallah akan tercapai. Insyaallah, saya akan ke Mekkah pada Isnin depan 5/4/2010 selama 2 minggu, bersama dengan rombongan staff2 di sini.
Bagi saya ini adalah rewards untuk diri sendiri, setelah hampir 12 tahun bekerja dan juga ini merupakan hadiah hari lahir saya yang paling bermakna. Insyaalah saya akan menyambut hari lahir saya yang ke 3... di Mekkah.

Kepada kawan-kawan dan sanak saudara yang menunjungi blog ini, saya memohon maaf dan doakan rombongan kami selamat menunaikan umrah dengan sempurna.

Will update the travellog, sekembali ke Malaysia nanti..